Panasonic Corporation

Panasonic Corporation (パナソニック株式会社, Panasonikku Kabushiki-gaisha) (TYO: 6752 NYSE: PC), dahulunya dikenali sebagai Matsushita Electric Industrial Co., Ltd. (松下電器産業株式会社, Matsushita Denki Kabushiki-gaisha), ialah sebuah perbadanan multinasional yang bertapak di Kadoma, Jepun. Perniagaan utamanya terletak dalam bidang pembuatan elektronik di bawah pelbagai jenama termasuk Panasonic dan Technics. Semenjak diasaskan pada tahun 1918, Matsushita berkembang menjadi pengeluar elektronik terbesar di Jepun. Selain elektronik, Panasonic menawarkan barangan dan perkhidmatan bukan elektronik seperti khidmat pengubahsuaian rumah. Panasonic merupakan syarikat ke-59 terbesar di dunia pada tahun 2007 mengikut senarai Forbes Global 500.[2]

Panasonic Corporation

Pendapatan operasi ▼-181,643 Million Yen (US$-1.92 bilion) (Tahun fiskal berakhir 31 Mac 2009)[1]
Industri Elektronik pengguna
Jumlah aset $64.830 billion (2009)
Pendapatan bersih ▼-419,992 juta yen (AS$-4.43 bilion) (Tahun fiskal berakhir 31 Mac 2009)[1]
Anak syarikat Sanyo
Bilangan pekerja 292,250 (jumlah keseluruhan, tepat pada 31 Mac 2009)
Perancang utama Konosuke Matsushita, Pengasas
Kunio Nakamura, Pengerusi,
Fumio Ohtsubo, Presiden
Ibu pejabat Kadoma, Osaka, Jepun
Laman sesawang Panasonic Global
Keluaran Rangkaian AVC, kelengkapan rumah, komponen dan peranti, kamera digital dll.
Ditubuhkan Osaka, Jepun (1918)
Hasil ▼7,765,510 juta Yen (US$77.2 bilion) (Tahun fiskal berakhir 31 Mac 2009)[1]
Jenis Awam, TYO: 6752 , NYSE: PC

Rujukan

WikiPedia: Panasonic Corporation http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601101&si... http://www.bloomberg.com/apps/quote?ticker=6752:JP http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.engadget.com/2006/01/19/panasonic-exiti... http://www.nyse.com/about/listed/lcddata.html?tick... http://www.reuters.com/article/rbssConsumerGoodsAn... http://www.reuters.com/finance/stocks/incomeStatem... http://zenobank.com/index.php?symbol=PC&page=quote... http://panasonic.co.jp/corp/news/official.data/dat... http://panasonic.co.jp/corp/news/official.data/dat...